KASWI BUNGA CHICHA
BAHAN:
Tepung gandum - 2 cawan
Tepung ubi- 1 cawan
Gula pasir - 1 1/2 cawan
Air - 4 cawan
Garam - 1/2 sudu teh
Bunga chicha kering - 1 genggam
Kelapa parut + secubit garam
CARA:
1. Kisar semua bahan
2. Masukkan ke dalam loyang 8' yang telah disapu minyak
3. Kukus 40 minit
4. Sejukkan lebih kurang 3 jam sebelum dipotong
5. Gaul dengan kelapa parut bergaram
TIPS:
* Boleh juga menggunakan 2 genggam bunga chicha segar untuk menggantikan bunga kering
* Saya gunakan cawan kopi
* Potong kuih menggunakan pisau plastik yang disapu minyak masak
![]() |
Bunga chicha bertaburan di lantai hutan |
![]() |
Cantik dan menarik bunga chicha... berwarna merah jambu dan wangi |
BAHAN:
Tepung gandum - 2 cawan
Tepung ubi- 1 cawan
Gula pasir - 1 1/2 cawan
Air - 4 cawan
Garam - 1/2 sudu teh
Bunga chicha kering - 1 genggam
Kelapa parut + secubit garam
CARA:
1. Kisar semua bahan
2. Masukkan ke dalam loyang 8' yang telah disapu minyak
3. Kukus 40 minit
4. Sejukkan lebih kurang 3 jam sebelum dipotong
5. Gaul dengan kelapa parut bergaram
TIPS:
* Boleh juga menggunakan 2 genggam bunga chicha segar untuk menggantikan bunga kering
* Saya gunakan cawan kopi
* Potong kuih menggunakan pisau plastik yang disapu minyak masak
Sementara musim bunga chicha masih ada, saya mencuba pula resepi ini yang diolah dari resepi kaswi gula merah (http://batupahatlife.blogspot.com/2018/09/kaswi-gula-merah.html). Setelah membuat beberapa jenis kuih yang menggunakan bunga chicha, saya membuat kesimpulan bahawa bunga ini mempunyai fungsi utama untuk memberikan warna coklat kepada adunan kuih. Rasa bunga tidak berapa ketara. Namun ada sedikit perisa yang lembut dan tidak terlalu kuat seakan gula merah.
Setakat ini, saya telah mencuba resepi kuih lepat liat bunga chicha (http://batupahatlife.blogspot.com/2019/03/lepat-liat-bunga-chicha.html) dan kuih talam pulut bunga chicha (http://batupahatlife.blogspot.com/2018/03/talam-pulut-bunga-chicha.html). Ternyata kuih lepat liat adalah yang tersedap kerana dibaluti dengan aroma daun pisang. Disamping tekstur kenyal pulut yang memberikan kesan sensasi meliut - liut semasa dikunyah. ;)
Comments
Post a Comment