SAMBAL GODOK ( SAMBAL REBUS)

SAMBAL GODOK ( SAMBAL REBUS)




Bahan A:
Cili padi - 1 cawan
Bawang merah - 3 biji
Bawang putih - 3 ulas
Ikan bilis - 1/2 cawan

Bahan B: 
Santan - 1 cawan
Minyak masak - 1/2 cawan
Asam jawa - 1 sudu kecil + sedikit air
Garam
Gula

Cara:
- Kisar / tumbuk  semua Bahan A (jangan terlalu halus)
- Tumis bahan A dengan sedikit  minyak sehingga pecah minyak dan wangi
- Masukkan air asam jawa, gula, garam dan santan
- Kacau sehingga sebati, biarkan reneh sebentar

Tips:
Sambal godok ialah resepi asli warisan dari nenek saya yang berketurunan Jawa. Sambal godok bermaksud rebus, iaitu sambal yang berkuah yang sesuai dijadikan sos yang dituang ke atas sayur yang dicelur seperti pucuk ubi, ranti dan pucuk labu. Orang Jawa menyebutnya 'sambel godok'. Mak saya memang kerap menyediakan sambal ini semasa saya kecil.

Comments