WAJIK

WAJIK 


Bahan:

500 gm- Beras pulut
3 cawan - Santan
1 sudu kecil - Garam
2 helai - Daun pandan
1 cawan / 200 gm - Gula merah
1 cawan / 200 gm - Gula melaka
½ cawan - Gula putih


Cara (Kukus pulut):
1. Basuh dan seterusnya rendam pulut selama 2 jam. Kemudian toskan
2. Campurkan 1 cawan santan ke dalam pulut. Kukus selama 30 minit atau masak
3. Gembur pulut dan sejukkan
 
Cara (Air gula):
1. Campurkan gula merah, gula melaka, gula putih, 2 helai daun pandan, garam dan 2 cawan santan.
2. Masak dengan api kecil sehingga semua gula larut. Tak perlu didihkan.
3. Tapiskan air gula, buang daun pandan.

Cara (Memasak wajik):
1. Masak air gula dengan api perlahan sehingga agak pekat. Kacau selalu untuk elak hangus.
2. Masukkan pulut ke dalam air gula, kacau selalu. Masak dengan api perlahan sehingga agak kental.
3. Oleskan bekas/ loyang dengan sedikit minyak masak. 
4. Tuangkan wajik dan ratakan ke dalam bekas tersebut.
5. Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam.


Tips:
- Gunakan cawan metrik
- Resepi ini menggunakan ½ biji kelapa untuk mendapatkan 3 cawan santan.
- Jika guna santan kotak - tambahkan 2 sudu minyak masak semasa menggaul pulut dengan air gula.

Comments