DODOL KUKUS

DODOL KUKUS

Bahan:

2 cawan - Tepung pulut
1 ¾ cawan - Santan
1 sudu kecil - Garam
2 helai - Daun pandan
1 cawan - Gula merah / gula melaka
¾ cawan - Gula putih


Cara (Air gula):
1. Campurkan gula merah, gula putih, garam, daun pandan dan santan
2. Masak campuran sehingga gula larut dan mendidih.
3. Tapiskan larutan gula, buang daun pandan.
4. Sejukkan 
 

Cara (Memasak dodol):
1. Masukkan larutan gula ke dalam tepung pulut.
2. Kacau sebati campuran.
3. Oleskan loyang dengan minyak masak
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang
5. Kukus adunan selama 1 jam atau masak
6. Sejukkan beberapa jam sebelum dimakan.


Tips:
- Resepi ini menggunakan ½ biji kelapa untuk mendapatkan santan.
- Jika guna santan kotak -  gunakan separuh kotak je, kemudian campurkan sedikit air sehingga cukup sukatan 1 ¾ cawan. Tambahkan juga 2 sudu minyak masak semasa menggaul tepung pulut dengan air gula.

Comments