KEK OREN

KEK OREN


Bahan:
1 Biji - Buah Oren
3 Sudu makan - Sunquick perisa oren
3/4 Cawan - Gula kastor
1 Cawan - Minyak masak
3 Biji - Telur
1 Sudu teh - Esen Vanila
1 Sudu makan - Parutan kulit oren
2 Cawan - Tepung naik sendiri
Pewarna Makanan (Kuning)
3/4 Cawan - Walnut (cincang kasar)
Hirisan Oren (untuk hiasan)

Cara:
1. Parut bahagian kuning kulit oren. Jangan ambil bahagian putih kerana pahit.
2. Kupas kulit oren, buang bijinya, kemudian kisar buah oren sehingga hancur.
3. Sukat bersama sunquick sehingga menjadi sampai satu cawan. 
    Jika tak cukup satu cawan boleh kisar lagi buah oren dan cukupkan sehingga satu cawan.
4. Masukkan semula campuran jus oren dan sunquick tadi ke dalam pengisar 
    dan tambahkan gula, minyak masak, telur, esen vanila dan parutan kulit oren. 
    Kisar kesemuanya sehingga sebati.
5. Ayakkan tepung naik sendiri ke dalam mangkuk dan campurkan bahan-bahan 
    yang telah dikisar tadi. 
6. Masukkan sedikit pewarna makanan kuning dan kacau menggunakan whisk 
    sehingga sebati sahaja. Tak perlu kacau terlalu lama untuk mengelakkan kek padat.
7. Bila dah sebati, masukkan walnut dan kacau rata sahaja.
8. Sementara tu, boleh panaskan oven terlebih dahulu selama 10 hingga 15 minit.
9. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles dengan mentega 
    dan dilapik dengan kertas pembakar.
10. Susun hirisan buah oren di atas permukaan adunan kek mengikut kreativiti masing-masing.
11. Bakar dalam oven pada suhu 160°C selama 45-50 minit atau sehingga masak 
      bergantung kepada oven masing-masing. 

Tips:
- Boleh gunakan tepung gandum + 2 sudu teh serbuk penaik untuk menggantikan tepung naik sendiri.
- Boleh uji kek dengan kayu uji, cucukkan di bahagian tengah kek, jika bersih, maka kek dah masak.
- Boleh tambah masa membakar jika kek belum masak

Comments