KEK EPAL TERBALIK - UPSIDE DOWN APPLE CAKE

KEK EPAL TERBALIK (UPSIDE DOWN APPLE CAKE)





Bahan A :
Mentega - 4 Sudu makan
Gula perang - ½ cawan
Epal - 3 biji
Garam - secubit

Bahan B :
Mentega - 250 gm
Gula kastor - 220 gm
Telur Gred A - 4  biji
Esen Vanila - 1 sudu teh
Susu segar - 50 ml
Tepung gandum - 250 gm*
Baking Powder -1 sudu teh*

Cara:

Bahan A: 
1. Panaskan gula perang dan mentega serta sedikit garam sehingga cair
2. Tuangkan campuran itu ke dalam loyang 8 inci yang telah dilapik kertas dan bergris
3. Epal dikupas kulitnya, dihiris nipis, lalu disusun di atas campuran mentega dan gula tadi
4. Simpan seketika dalam peti sejuk supaya campuran gula mengeras sedikit.

Bahan B:
1. Bahan bertanda * diayak
2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan pucat
3. Masukkan esen vanilla dan telur, pukul sebati.
4. Masukkan susu berselang seli dengan bahan diayak.
5. Sendukkan adunan ke dalam loyang di atas campuran bahan A
7. Bakar selama 60 min suhu 160° C.

Tips:
- Saya gunakan epal Granny Smith (epal hijau) - memberikan rasa masam manis
- Boleh juga menggunakan epal jenis lain
- Boleh ditambah sedikit serbuk kayu manis dalam bahan A jika suka
- Tempoh membakar kek lebih lama berbanding kek mentega biasa.
- Boleh uji dengan kayu uji, cucukkan di bahagian tengah kek, jika bersih, maka kek dah masak.
- Boleh tambah masa membakar jika kek belum masak

Comments