REMPEYEK

REMPEYEK

Rempeyek Kacang Tanah


Tuang sedikit adunan di dalam kuali

Kepingan rempeyek di dalam kuali

Terbalikkan bahagian berkacang ke bahagian bawah


Bahan Adunan:

500 gm - Tepung beras 
1 sudu makan - Tepung jagung
3 sudu makan - Tepung ubi
2 biji - Telur
1/2 sudu teh - kapur makan
3 sudu makan - Biji ketumbar
2 sudu makan -Jjintan manis
2 sudu makan - Jintan putih
6 ulas - Bawang putih
2 biji - kiub pati ikan bilis / 1 cawan ikan bilis - ditumbuk halus
200ml - Santan pekat / santan kotak
600 ml - Air
Garam 
Ajinomoto - jika suka

Bahan Isi:
Kacang tanah
Kacang dal - rendam 3 jam, kemudian rebus sehingga lembut, toskan.
Kacang hijau - rendam 5 jam, kemudian toskan



Cara:
1. Kisar/ tumbuk bawang putih, jintan putih, jintan manis dan biji ketumbar.

2. Di dalam satu bekas, campurkan bahan kisar, kapur, telur, semua jenis tepung, santan dan ikan bilis. Kemudian tambahkan air sehingga mencapai kepekatan yang diingini. Jangan masukkan air sekaligus kerana dikhuatiri terlalu cair. Sukatan air antara 500 ml - 600 ml sahaja. Perasakan dengan garam dan ajinomoto jika mahu.

3. Masukkan sedikit adunan dalam satu bekas lain, masukkan sedikit kacang pilihan. Satu jenis kacang sahaja dalam setiap adunan. Gaul rata

4. Isikan kuali dengan minyak yang banyak, biarkan dulu sehingga panas. Gunakan senduk, ambil sedikit campuran adunan, tuang sedikit di pinggir kuali, bahagian atas minyak. Buat sekeliling kuali. Kemudian jiruskan minyak ke atas adunan. Kepingan rempeyek akan tertanggal sendiri atau sisipkan dengan sudip supaya jatuh ke dalam minyak.

5. Terbalikkan bahagian permukaan berkacang ke bahagian bawah supaya kacang akan cepat masak.

6. Kemudian angkat dan toskan.

7. Simpan rempeyek dalam bekas kedap udara.


Tips:
Gunakan kuali yang tidak melekat supaya mudah menanggalkan rempeyek 
Tanda rempeyek sudah masak ialah sedikit/ tiada buih yang keluar dari kepingan rempeyek/ kacang

Comments