KETUPAT SOTONG TERENGGANU

KETUPAT SOTONG TERENGGANU






Bahan A :
10 ekor - Sotong saiz sederhana
2 cawan - Beras pulut
2 cawan - Santan cair
1 sudu kecil - Garam
Lidi/ Pencungkil gigi

Bahan B - Kuah Santan :
4 cawan - Santan
1 sudu teh - Biji Halba
1 sudu makan - Gula
1 sudu teh - Garam
4 biji - Bawang merah (dipotong halus)
2 ulas - Bawang putih (dipotong halus)
1 Inci - Halia (Dipotong nipis)


Cara:
1. Basuh pulut, lalu ditoskan. Kemudian digaulkan dengan santan dan sedikit garam. Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit supaya meresap.

2. Masukkan campuran pulut dan santan ke dalam rongga sotong. Sematkan dengan lidi

3. Untuk kuah santan, campurkan semua bahan B ke dalam periuk

4. Masukkan sotong ke dalam campuran kuah santan, masak dengan api perlahan.

5. Masak lebih kurang 20-30minit.

6. Sotong akan membuncit kerana pulut mengembang. Itu tanda telah masak.



Tips:
Ini pertama kali saya membuat dan merasa hidangan ini. Pada pendapat saya, menu ini sangat sedap dan mempunyai rasa yang lemak berkrim. Sesuai dihidangkan semasa minum petang. 

Tidak perlu memasukkan terlalu banyak pulut  ke dalam sotong untuk mengelakkannya menjadi keras. 

Kulit sotong perlu dibuang supaya warna kuah kekal putih. Tetapi saya lupa nak buang kulit, tu yang kuahnya berwarna merah.

Comments