KUIH SERI MUKA

KUIH SERI MUKA





Bahan A - Lapis bawah:
2 cawan - Pulut
2 cawan - Santan pekat
1 sudu kecil - Garam

Bahan B - Lapis atas :
1 cawan - Tepung gandum
1 sudu makan - Tepung jagung
1 cawan - Gula
1 sudu teh - Garam
1 biji - Telur Gred A
1 cawan - Air pandan (3 helai daun dikisar dengan air lalu ditapis)
1½ Cawan - Santan pekat

* Opsyen
- Sedikit pewarna hijau (saya tak letak)
- ( ½ sudu teh - serbuk kayu manis) ATAU ½ biji bawang merah + ½ sudu teh - serbuk kayu manis +  ½ sudu teh - jintan manis) 

* Penambahan rempah dalam lapisan atas seri muka akan memberikan rasa yang lebih 'mendalam', tetapi citarasa setiap orang adalah berbeza-beza. Ada yang suka, ada yang kurang suka. Namun tidak salah untuk mencuba jika nak tau kelainannya. Jika tak suka, abaikan je penambahan rempah tersebut.

Bahan C:
Minyak masak

Cara:
1. Basuh pulut, lalu ditoskan. Kemudian digaulkan dengan santan dan sedikit garam. 

2. Masukkan campuran pulut dan santan ke dalam loyang 8 inci yang telah disapu minyak masak. Pastikan santan lebih sedikit (~ 0.5 cm) dari paras pulut. Kukus selama 30 minit.

3. Apabila pulut sudah masak, keluarkan loyang dari pengukus, lalu ditekan permukaan pulut  dengan senduk supaya padat dan rata.

4. Kisar semua bahan B, lalu dituang ke atas lapisan pulut yang sudah masak

5. Kukus semula selama 30 minit.

6. Apabila sudah masak, angkat dan dibiarkan pada suhu bilik sekurang-kurangnya 3 jam sehingga betul-betul sejuk.

7. Potong kuih dengan pisau plastik supaya tidak melekat



Tips:
Gunakan cawan kopi untuk sukatan cawan
Gunakan santan segar untuk hasil yang lebih sedap
Gunakan loyang yang agak tinggi, kerana adunan atas akan mengembang semasa dikukus.

Comments