SKON

SKON



Skon ialah menu ringkas yang biasanya dihidangkan semasa sarapan atau waktu cicipan (minum petang). Cara membuatnya amat mudah dan tidak memakan masa yang banyak. Cara menikmati skon ialah dengan krim, mentega dan jem atau boleh juga dimakan begitu sahaja. Resepi di bawah ialah resepi asas yang boleh dipelbagaikan dengan menambahkan bahan lain seperti kranberi, beri biru atau kismis


Bahan A:

½ cawan - Tepung gandum
2 sudu teh - Serbuk penaik (Baking powder)
3 sudu makan - Gula kastor
1 sudu teh - Garam
1 cawan  -  Susu segar
2 sudu makan - cuka
½ Cawan - Mentega sejuk


Bahan B:
1 biji - Telur
2 sudu makan - susu segar
* Kacau sebati


CARA:
1. Campurkan susu segar dan cuka. Biarkan seketika

2. Di dalam bekas lain, gaulkan tepung, serbuk penaik dan mentega sehingga membentuk adunan berderai

2. Masukkan larutan susu segar + cuka tadi. Kemudian tambah gula dan garam

3. Uli ala kadar sehingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan dan boleh dibentuk. Doh jangan diuli terlalu lama.

4. Jika adunan terlalu lembut, tambah sikit lagi tepung gandum

5. Bentukkan doh menjadi bebola leper atau bentuk skon mengikut kesukaan masing-masing. Kemudian susunkan di atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung gandum supaya tak melekat. 

6. Sapukan permukaan atas skon dengan campuran telur dan susu (Bahan B)

7. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160°C selama 30 minit atau sehingga permukaan skon kekuningan.


Tips:
1. Saya gunakan cawan metrik (cup)

2. Mentega boleh diganti dengan marjerin

3. Cuka boleh diganti dengan jus lemon/ limau

Comments