SAMBAL TUMIS CILI PADI

SAMBAL TUMIS CILI PADI



Rakyat negara kita memang sangat menggemari sambal. Sambal menjadi penambah selera semasa menikmati pelbagai jenis hidangan. Tanpa sambal tumis, nasi lemak tidak bererti, tanpa sambal kicap, soto Johor kurang menyengat, tanpa sambal belacan, ulam-ulaman terasa hambar. Sambal dengan rakyat Malaysia umpama tak dapat dipisahkan. 

Kali ini saya akan berkongsi resepi sambal tumis cili padi yang sangat sedap. Rasanya pedas dan sedikit manis. Sesuai dihidangkan bersama nasi berlauk ala kampung seperti ikan goreng dan sayur masak lemak. Biarpun ringkas, tetapi mampu menambat selera agar menambah nasi sehingga kali kedua.


Sambal tumis ini boleh juga dihidangkan bersama lempeng ataupun ubi rebus bersama ikan masin. Menu kampung yang telah dinikmati sejak dulu lagi. Pastinya air tangan bonda sentiasa teringat-ingat sehingga kini.


Bahan tumbuk/ kisar:
4 biji - Bawang merah
3 ulas - Bawang putih
20 biji - Cili padi
1/2 cawan - ikan bilis

Bahan lain:
Minyak masak
1 Biji - Bawang besar - dihiris
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa
Pes asam jawa - secukup rasa
Ajinomoto (serbuk perasa) - jika suka

Cara:
1. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak

2. Apabila bahan kisar mulai garing, masukkan sedikit air. Tambahkan garam, gula, pes asam jawa dan serbuk perasa. 

3. Masak sambal sehingga hampir kering, kemudian tambah lagi sedikit air. Masukkan bawang besar yang telah dihiris .

4. Kacau sehingga sebati. Rasa secukup masin dan manisnya. 



Tips:
Boleh ditambah sedikit tomato hijau yang dibelah empat untuk menambahkan rasa masam dan lemak manis.

Asam jawa boleh diganti dengan asam keping

Comments