GERBIS (TIMUN BETIK) BERKUAH SANTAN
![]() |
Buah gerbis |
![]() |
Gerbis dipotong dadu |
![]() |
Gerbis berkuah santan |
Gerbis ialah sejenis buah dalam keluarga timun dan tembikai. Ia juga dipanggil timun betik atau timun suri. Pelbagai nama mengikut lokasi dan tempat tetapi mempunyai kaedah menikmati yang hampir sama iaitu dengan kuah santan.
Tekstur isinya lembut seperti puding, berbau wangi seperti tembikai susu (honey dew) tetapi tidak manis. Aroma menyegarkan buah ini menambat selera. Buah ini tidak sesuai dimakan begitu sahaja tetapi lebih enak dengan kuah santan yang manis.
Hidangan pencuci mulut ini bolehlah disamakan dengan cocktail buah buahan yang popular pada zaman kini. Gerbis berkuah santan ialah cocktail yang enak warisan dari zaman dahulu lagi.
Buah gerbis amat jarang dijumpai sekarang kerana tidak ramai generasi muda yang gemar dengan rasanya yang tawar. Faktor lain ialah pelbagai pilihan makanan yang enak pada masa kini dan tidak ramai petani yang mengusahakan tanaman buah gerbis.
Semasa zaman kanak-kanak saya pada tahun 1980an, pilihan makanan tidaklah banyak seperti sekarang, apa yang ada, itulah yang akan dinikmati anak beranak. Kehidupan yang serba kekurangan semasa zaman itu, menjadikan makanan yang ringkas pun dianggap mewah dan menggembirakan. Apatah lagi jika sesuatu jenis makanan itu jarang-jarang sekali dihidangkan.
Bahan A:
Comments
Post a Comment