SAMBAL SOTONG KERING

SAMBAL SOTONG KERING

Sotong kering ni dibeli dari Tawau, Sabah yang sudah terkenal dengan produk makanan lautnya. Jika ke sana, jangan lupa membawa pulang sebagai ole-ole yang pastinya harga pun lebih murah daripada di semenanjung. Minta sekali nombor telefon penjualnya supaya boleh memesan dan dihantar melalui pos bila-bila masa sahaja. Satu keluarga biasa memesan ikan bilis dan ikan kering daripada penjual di Tawau.

Dalam resepi ini, saya menggunakan jenis sotong bersaiz kecil seperti gambar dibawah. Sotong yang digunakan adalah segar dan baru, dimana stok di tangan penjual Tawau akan habis dengan pantas. Kita perlu memesan lebih awal daripada penjual tersebut dan beliau akan memberitahu kita jika sudah ada bekalan. 



Bahan tumbuk/ kisar:
6 biji - Bawang merah
5 ulas -  Bawang putih
15 biji - Cili padi

Bahan lain:
2 cawan - Sotong kering > rendam dengan air sejam
Minyak masak
Gula
Garam
Pes asam jawa
1 biji - tomato > belah 4


CARA:
1. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga wangi

2. Masukkan sotong, kacau sebati. 

3. Masukkan air separas sotong tadi, kemudian renehkan sehingga empok

4. Tambahkan gula, garam dan sedikit pes asam jawa secukup rasa

5. Masukkan tomato, gaul rata dan angkat

Tips:
Rasa dulu sambal, jika sudah cukup masin tidak perlu ditambah garam

Comments