SAMBAL KICAP JOHOR

SAMBAL KICAP JOHOR



Sambal kicap menjadi sos cicah popular bagi orang Johor. Ia dimakan dengan makanan goreng-gorengan seperti cucur, pisang, keledek, keropok atau apa sahaja. Ia juga pendamping wajib bagi mi soto/ bihun sup untuk menambah rasa dan pedas. 

Resepi yang saya tulis di bawah ialah resepi asal yang saya ketahui sejak saya kecil lagi. Memang ringkas dan mudah sahaja cara membuatnya.Sekarang ada pelbagai resepi sambal kicap yang kita boleh peroleh di mana-mana laman web dan media sosial. Ada yang menggoreng dahulu cili padi dan bawang putih lalu menambah perahan limau kasturi. Pastinya tanpa yang asli dan asal, resepi tidak akan berkembang menjadi apa yang dikenali sekarang. Namun resepi adalah subjektif, kita tidak boleh klaim sesuatu resepi sebagai hak milik individu kerana sesuatu resepi sentiasa akan berevolusi dan berubah.

Bahan:
20 Biji - Cili padi
2 ulas - Bawang putih
2 sudu - Gula
Kicap lemak manis
Ajinomoto (serbuk perasa) - jika suka

CARA
1. Tumbuk/ kisar cili padi dan bawang putih
2. Tambahkan gula dan serbuk perasa
3. Tambahkan kicap sehingga separas cili


Comments