LEPAT PISANG (BELEBET PISANG)

 LEPAT PISANG (BELEBET PISANG)


Lepat pisang atau belebet pisang dalam Bahasa Jawa menjadi kegemaran kami sekeluarga sejak dulu lagi. Semasa saya kecil, banyak pokok pisang ditanam sekeliling rumah di kampung. Antaranya pisang kepok (abu/nipah), raja, lilin, nangka dan kapas. Sekarang tiada lagi kerana ancaman monyet yang kerap memakan umbut dan buahnya. 

Pisang kapas ialah jenis yang paling sedap dibuat lepat atau kuih-kuih lain kerana teksturnya yang Lembut, licin dan berbau wangi. Malah, daunnya juga amat sesuai dibuat pembungkus kuih dan makanan kerana daunnya lembut, mudah dibentuk dan harum.

Namun kali ini, saya menggunakan pisang berangan kerana agak mudah mendapatkannya di pasaran.

Bahan:
Pisang  - 6 biji
Tepung gandum - 1 cawan
Kelapa parut - 1 cawan
Gula - secukup rasa
Garam - secubit
Sedikit air
Minyak masak
Daun pisang

Cara:
1. Lenyekkan pisang sehingga hancur
2. Campurkan tepung, kelapa, garam dan gula 
3. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air
4. Sapukan sedikit minyak ke atas daun pisang
5. Letakkan 2 sudu adunan ke dalam daun pisang
6. Lipat daun pisang membentuk lepat
7. Kukus selama 30 minit




Comments