JERUK MANGGA

JERUK MANGGA 

Pelam epal


Kecur liur (kemecer) - masam manis


Bahan:
Mangga mentah
Kapur makan
Gula
Cuka
Garam
Air

Cara:
1. Kupas kulit mangga
2. Hiris isi mangga 
3. Rendam isi mangga dalam air biasa dengan sedikit kapur (dalam 1 sudu makan) . Biarkan 1 jam
4. Selepas direndam air + kapur, buang airnya, lalu dibilas dengan air biasa dan ditoskan
5. Masukkan isi mangga dalam satu bekas, isikan air masak + secubit garam + sedikit cuka + gula
6. Pastikan air separas buah tadi. 
7. Rasa air tersebut, telah cukup rasa manis dan masamnya.
8. Letakkan dalam peti sejuk (bahagian chiller)
9. Boleh dimakan selepas sehari
10. Jika rasa manis telah berkurang, tambahkan gula lagi

Tips:
1. Tujuan kapur untuk memastikan buah pejal dan tidak lembik semasa direndam nanti
2. Selepas sehari, rasa manis akan berkurang kerana air buah telah keluar. Buang sedikit air itu, pastikan separas isi buah sahaja. Tambah lagi sedikit gula.
3. Boleh ditambah sedikit cili potong ikut selera.

Contoh kapur makan dan cuka yang digunakan




Comments