CARA MEMBUAT CILI JERUK

CARA MEMBUAT CILI JERUK

Cili jeruk amat mudah dibuat sendiri di rumah. Jika ada banyak stok cili, untuk mengelakkan rosak bolehlah dibuat cili jeruk. Ia enak dimakan dengan menu seperi char koay teow dan mi bandung serta makanan lain.

Lebih elok disimpan dalam bekas kaca supaya rasanya tidak dipengaruhi oleh bekas plastik kerana cuka bersifat asid yang mungkin memberi kesan mengakis plastik tersebut.



Bahan :

Cili
Cuka
Gula
Garam

CARA
1. Masukkan cili dalam satu bekas

2. Masukkan cuka separas cili tersebut

3. Kemudian masukkan sedikit garam dan gula agak-agak je cukup masin dan manis-manis buah

4. Kacau rata, biarkan sekurang-kurangnya sehari barulah boleh dimakan.

Comments