JEMPUT-JEMPUT TEMPE BUSUK

JEMPUT-JEMPUT TEMPE BUSUK

Jemput-jemput tempe busuk


Tempe mempunyai jangka hayat yang pendek. Jika tidak dimasak dalam tempoh 5 hari, ia mulai berbau. Ramai yang tidak tau, bahawa tempe yang sudah berbau ini (tempe busuk) masih boleh digunakan dalam masakan seperti dimasukkan dalam lemak pucuk ubi. Caranya ialah dengan memasukkan sedikit tempe busuk yang telah dihancurkan kasar ke dalam masakan itu. Ia menambahkan rasa umpama tauchu atau miso Jepun (haha, jauh tu perbandingan) yang mempunyai rasa tersendiri. Tempe, taucu, kicap dan miso semuanya berasal dari kacang soya.  

Satu lagi menu yang menggunakan tempe busuk ialah jemput-jemput (cekodok). Cara membuatnya juga amat mudah. Boleh menjadi kudapan begitu sahaja atau dimakan sebagai lauk dengan nasi. Jika nak tau kesedapan menu ni, cubalah.

Bahan:
Tempe busuk - 5 keping
Bawang merah - 3 biji
Bawang putih - 3 ulas
Cili padi - 5 biji
Biji ketumbar - 1 sudu makan
Ikan bilis - Setengah cawan
Tepung gandum - 2 sudu makan
Garam
Serbuk perasa
Minyak masak

Cara:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis dan biji ketumbar
- Tumbuk kasar tempe busuk
- Campurkan kedua-dua bahan tumbuk diatas, campurkan sedikit tepung 
- Tambah beberapa sudu air jika terlalu kering
- Tambahkan sedikit garam dan serbuk perasa
- Gaul semua bahan supaya sebati. 
- Goreng dengan menjemputnya ke dalam minyak penuh sehingga kekuningan

Comments