KUIH TEPUNG BUNGKUS

KUIH TEPUNG BUNGKUS





Bahan:
A - Adunan tepung
3 cawan tepung beras
6 cawan santan
1 sudu teh garam

B - Inti Kelapa
1 biji kelapa parut
2 cawan air
3 sudu makan gula melaka/ gula merah
3 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam
Daun pandan - simpul
1 sudu tepung gandum

C - Daun bungkus
Daun pisang - potong segiempat sama dan dilayur atas api
Minyak masak - untuk dioles atas daun pisang


Cara:
- Campur semua bahan A sehingga sebati
- Masak di atas api sederhana, kacau selalu
- Masak sehingga likat
- Angkat dan biarkan sejuk sedikit

- Untuk membuat inti kelapa, campur semua bahan B (kecuali tepung gandum)
- Masak di atas api sederhana
- Kacau selalu sehingga hampir kering
- Tambah sedikit tepung gandum untuk memudahkan dibentuk nanti
- Angkat dari api, biarkan sejuk
- Selepas sejuk, bulatkan menjadi bebola kecil seperti telur puyuh

- Untuk membungkus, ambil 2 sudu makan adunan tepung
- Letak adunan diatas daun pisang yang telah disapu minyak masak
- Letak bebola inti di atas tepung
- Balut daun pisang seperti lepat
- Kukus selama 30 minit

Tips:
Adunan ini menghasilkan lebih kurang 18 biji kuih
Inti dari sebiji kelapa boleh digunakan untuk 2 adunan kuih  di atas.
Inti kelapa boleh dibuat awal dan dibiarkan sejuk dahulu.
Rasa dulu kemanisan inti, boleh kurangkan/ tambah gula mengikut citarasa


Comments