HALWA KERING BELIMBING BULUH

HALWA KERING BELIMBING BULUH

Halwa Kering Belimbing Buluh



Musim belimbing buluh sedang galak merimbun. Kadang-kadang buah belimbing ini dimasukkan ke dalam masakan seperti sambal tumis dan masak lemak santan. Tapi jika selalu pun, akan berasa jemu. Oleh kerana buah yang sangat banyak, rugi jika dibiarkan jatuh berguguran. Maka lebih elok jika  diolah menjadi halwa kering yang boleh disimpan lebih lama. Menjadi kudapan pada waktu petang. Rasanya manis-manis masam. Tekstur seperti kismis. Cukuplah mengunyah dua ke tiga biji sekali makan. Manisnya meresap ke tekak. Sesekali bolehlah.

Bahan:
5 Mangkuk - Belimbing buluh 
1 kg - Gula
3 sudu makan - Kapur makan

Cara:
1. Basuh bersih belimbing. Toskan
2. Bancuh kapur makan dengan air, cukup untuk menenggelamkan belimbing. Biarkan 3 jam
3. Toskan belimbing. Bilas dengan air bersih. 
4. Masak air gula pekat. 
5. Apabila air gula sudah mendidih, masukkan belimbing. Rebus 30minit. Tutup api
6. Biarkan belimbing menyejuk, terendam dalam air gula 6 jam/ semalaman.
7. Angkat belimbing dari rendaman air gula. Jemur sehingga agak kering

Tips:
* Pastikan belimbing tidak terlalu kering apabila dijemur. Memadai bahagian luar sudah kering. Keadaan belimbing seperti kismis, bila ditekan bahagian tengah masih kenyal.
* Halwa kering belimbing ini boleh dijadikan salah satu bahan dalam 'Acar Tahun'. Iaitu sejenis acar campuran halwa kering buah jambu air, belimbing buluh dan asam jeruk.
* Air gula dari rebusan buah tadi boleh direneh sehingga agak pekat. Boleh dijadikan pemanis minuman (rasanya masam manis seperti madu)

Sebakul belimbing buluh
Rendam dalam air kapur selama 3 jam

Rebus dalam air gula pekat 30minit

Biarkan terendam dalam air gula semalaman/ 6 jam

Masam masam manis.... macam kismis

Comments