APAM GULA MERAH

APAM GULA MERAH






Bahan A:
Gula merah - ½  cawan
Gula pasir - ½  cawan
Air - 1 cawan

Bahan B:
Yis (Mauripan) - ½  paket (5 gm)
Air suam - ½ cawan
Gula pasir - ½ sudu makan

Bahan C:
Tepung gandum - 2 cawan
Garam - ½ sudu teh

Cara:
1. Campur semua bahan A, larutkan dan tapis
2. Campur semua bahan B, biarkan selama 10 minit (naik dan berbuih)
3. Campurkan semua bahan A, B dan C. Gaul sebati. Biarkan adunan naik (~ 1 jam)
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak masak
5. Kukus selama 30 minit.

Kelapa Parut
Kelapa parut dicampur secubit garam. Kukus 10 minit

Tips:
* Guna cawan kopi
* Gula merah boleh digantikan dengan gula melaka/ nisan
* Boleh kurangkan gula pasir jika mahu kurang manis
* Boleh rasa sedikit adunan untuk mengetahui tahap kemanisan
* Sejukkan kuih selama 1 jam sebelum dipotong
* Enak dimakan dengan kelapa parut bergaram
* Adunan ini untuk loyang 8 inci
* Boleh juga terus tuang adunan ke dalam loyang sebelum adunan kembang. Bila dah kembang barulah dikukus.

Comments