PAVLOVA


PAVLOVA




Meringue (Lapisan bawah)
Putih telur A - 4 biji
Gula kastor - 1 cup
Garam halus - 1/2 sudu teh
Cuka - 1 sudu teh
Tepung jagung - 1 sudu makan

Cara: 
* Masukkan putih telur dan separuh gula ke dalam mangkuk adunan
* Putar bagi sebati, kemudian masukkan gula selebihnya. Putar lagi
* Selepas itu, masukkan cuka, garam halus dan tepung jagung
* Putar hingga kembang (10min)
* Paipkan dengan piping bag ke atas loyang yang telah dialas dengan baking paper
* Bakar  130-140°C selama 1 jam 15 min
* Meringue boleh simpan dalam bekas kedap udara selama 5 hari

Krim
Whipping cream (tidak manis) - 1 cup
Creamcheese - 65 gm

 Cara:
* Putar whippingcream sehingga kembang dan gebu
* Putar creamcheese sehingga gebu dalam bekas lain
* Campurkan kedua-dua krim, gaul sebati
* Letak krim di atas meringue
* Tambah buah di atasnya (markisa, peach, anggur, strawberi)

Tips:
*1 cup = 1 ½ cawan kopi
* Jika tak mahu letak creamcheese, memadai cuma whipping cream
* Buah yang sesuai digunakan ialah buah yang lembut tekstur nya dan rasa masam manis, untuk seimbangkan rasa meringue dan krim
* Jika suka pavlova bersaiz besar pun boleh. Saya lebih gemar bersaiz mini kerana mudah untuk untuk dihidangkan


Comments