ORKID LIAR DI PEKAN, PAHANG

ORKID LIAR DI PEKAN, PAHANG

12 Oktober 2018: Jumaat

Sudah lama berhajat untuk jalan-jalan ke Pekan, Pahang iaitu sebuah bandar Diraja. Tiada perancangan yang khusus, sekadar ingin melihat-lihat tempat orang. Perjalanan dari Melaka melalui Segamat, ke Muadzam Shah dan terus ke Pekan

Dalam perjalanan ke Pusat Tenun Diraja Pahang, ternampak banyak anak pokok palas yang tumbuh dengan banyak di bawah rimbunan pokok getah. Niat di hati ingin mengambil sedikit anak pokok palas untuk ditanam di bumi Johor,  namun perancangan asal terpaksa dibatalkan kerana amat sukar dicabut. Jika ada parang atau cangkul, mungkin lebih mudah mengambilnya. 

Bila memandang ke atas pokok besar berdekatan, amat banyak orkid liar menempel di dahan. Memang agak terkejut dan kagum kerana terdapat beberapa jenis orkid yang tumbuh di situ. Situasi yang amat jarang dijumpai di kampung halaman. Saya hanya mengambil orkid yang terjangkau tangan sahaja dan meninggalkan sebahagian orkid supaya kekal membiak di situ. 

Pokok besar di tepi kebun getah
Cantik dahan dan ranting pokok besar ni

Dendrobium aluifolium

Spesies Bulbophyllum

Bulbo sp.
Cymbidium finlaysonianum


Pomatocalpa diffusum (dahulu dikenali sebagai latifolia)

Pomatocalpa diffusum

Dendrobium aluifolium dilekatkan di batang pokok jambu

Dendrobium aluifolium

Pomatocalpa diffusum. Diikat di batang pokok jambu



Bulbophyllum sessile

Bulbophyllum sessile

Bulbophyllum sessile

Bulbophyllum sessile





Comments