PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH

13 Oktober 2018 (Sabtu)
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
Kuala Gandah, Lanchang, Pahang Darul Makmur

Pusat Konservasi ini meliputi kawasan hutan simpan yang luas yang terletak di Lanchang, Pahang. Berdekatan pintu masuk pusat ini terdapat pejabat dan tempat pameran yang memaparkan maklumat berkenaan gajah. Pengunjung boleh menambah ilmu dan pengetahuan, seterusnya menarik minat untuk menyayangi hidupan liar dan alam sekitar.

Beberapa ekor gajah dewasa yang cacat akibat terkena jerat dan sebagainya diletakkan di dalam kurungan berpagar elektrik. Manakala gajah yang masih kecil diletakkan dalam kurungan berbentuk pentas. Pengunjung boleh membeli tebu yang dijual di tepi pentas untuk memberi makan kepada gajah tersebut. 

Pada tempoh waktu tertentu, penjaga gajah akan memberi rumput dan daun kayu sebagai makanan utama. Tebu yang dihulur pengunjung hanya kudapan kepada gajah sahaja. 


Pintu masuk Pusat Konservasi

Kurungan berbentuk pentas

Penjaga gajah mengawal keadaan. Pengunjung dilarang mempermainkan gajah seperti menipu memberi tebu, ini menyebabkan gajah naik minyak

Gajah remaja di atas pentas yang berhalangan batang simen, menerima tebu dari pengunjung

Gajah cacat yang berkaki bengkok dan kudung, menghulurkan belalai untuk mengambil tebu yang diberi pengunjung. 

Comments