TAMAN HERBA DAPUR (KITCHEN GARDEN)
Di belakang rumah saya, mendapat pancaran cahaya matahari yang panas sepanjang tahun. Saya berasa amat rugi jika ruang yang ada ini (walaupun kecil, bersaiz 22 kaki, maklumlah rumah teres) tidak digunakan semaksimum mungkin. Saya terpikir untuk membuat mini oasis yang dipenuhi pelbagai sayur-sayuran dan tumbuhan herba untuk kegunaan masakan saya. Biarlah pokok-pokok ini menyerap limpahan cahaya yang banyak ini dan menggunakannya untuk membuat makanannya sendiri dalam proses fotosisntesis. Kemudian hasilnya saya akan ambil dan menjadi hidangan yang menyihatkan.
Pada mulanya, hanya pokok ulam yang saya tanam, tapi lama-kelamaan semakin bertambah jenis pokok yang ada seperti pokok sambung nyawa, pegaga, keledek, keladi, selasih, kencur dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ruang kecil ini juga menjadi tapak semaian pokok bunga kertas dan bunga raya sebelum dipindahkan ke lokasi lain iaitu di laman bonda di kampung saya. Saya juga menyemai biji benih binjai, asam kumbang dan nam-nam daripada pemberian orang atau beli sendiri, tapi yang sedihnya, anak pokok ini tiada tempat untuk ditanam. Pokok buah ini ada yang saya beri kepada orang untuk ditanam kerana kawasan tanah di kampung telah padat dengan pokok buah dan kelapa sawit. Saya berasakan buah-buahan eksotik ini semakin kurang ditanam dan amat rugi jika tidak dibiakkan dengan lebih banyak lagi. Sekurang-kurangnya tidak pupus pada masa hadapan dan anak cucu kita dapat melihat dan merasa buah ini.
 |
Taman herba di belakang rumah |
 |
Anak pokok asam kumbang, pemberian rakan FB grup Kebun Bandar |
 |
Lidah buaya (aloe vera) |
 |
Bunga raya 'Rose Mallow' |
 |
Menyemai pucuk jambu air dan lemon dari kampung |
 |
Cili padi. Telah beberapa kali dipangkas selepas berbuah, kini mengeluarkan pucuk kembali |
 |
Pegaga |
 |
Tin (fig) |
 |
Semaian pokok bunga, bunga raya dan nam-nam |
 |
Nanas |
 |
Bunga raya 'Rose of Sharon' ungu. Keratan dari Ladang Teh Boh Sungei Palas, C.Highland Mac 2018 |
 |
Kunyit |
 |
Bunga kertas |
 |
Kencur / cekur |
 |
Selasih (Sweet Thai Basil) |
 |
Selasih |
 |
Keledek mula berisi |
 |
Keledek dalam kotak polisterin |
Comments
Post a Comment