PERCUTIAN TAWAU & SEMPORNA (7.9.2018 - 10.9.2018)
Percutian ke Tawau dan Semporna ini telah dirancang sejak akhir tahun lalu iaitu setelah Oja (rakan kami di Tawau) datang melawat rakan kami di Melaka. Oja beria-ia mengajak kami untuk berkunjung ke sana. Kebetulan kami pun berada di Melaka sempena cuti sekolah 2017. Siapakah 'kami' ini?...Mereka ialah (saya dan rakan-rakan baik - lan, Faishal, Joe, Mail, Sam, Liy dan Asz) yang saban tahun akan bertemu di satu lokasi umpama 'reunion' kerana kami tinggal berjauhan. Ada yang berada di Perlis, Ipoh, Grik, JB dan Melaka. Walaupun kami berjauhan, namun 'reunion' yang kami adakan setiap tahun pasti merapatkan ukhuwah antara kami. Hubungan persahabatan kami umpama jauh di mata, dekat di hati.
Kali ini, kami merancang untuk ber'onion' di Semporna yang khabarnya mempunyai pemandangan syurga dunia. Tarikh demi tarikh ditetapkan, namun tiada kata putus, akhirnya kami memilih 7-10 September 2018 (Jumaat-Isnin) kerana cuti hujung minggu yang panjang (Keputeraan YDP Agong dan Awal Muharam). Atas beberapa aral yang tak dapat dielakkan, hanya kami berenam (saya, Lan, Joe, Faishal, Liy dan Oja) yang dapat menyertai percutian ini.
Hari Pertama (7.9.2018/Jumaat)
Penerbangan AirAsia dari JB ke Tawau (3.50pm-6.30pm), hanya saya seorang dari JB kerana yang lain terbang dari KLIA. Tq Sam kerana sudi mengambil dan menghantar ke airport.
Makan malam di Stimboat Tawau. Banyak pilihan dari ayam, daging, rusa, segala mala seafood, sayur, kuih, kek, aiskrim dan aneka fishcake (RM36 perpax). Sangat murah dan berbaloi. Sendat perut kami yang memang sedia membonyot.
Menginap di Homestay di Tawau (RM200 untuk 3 malam, dapat murah kerana pemiliknya merupakan kenalan Oja, hehehe, untung kami!)
Hari Ke-2 (8.9.2018/ Sabtu)
7.00am: bergerak ke Semporna, diambil oleh pak supir (Aril & Dadan), anak jati Tawau, berketurunan Bugis, merangkap pemandu pelancong kami (RM70 perpax: pergi-balik).
9.00am: Perjalanan yang santai, singgah membeli kuih penyaram, nasi kuning & kuih lain yang tak tau nama ;), sampailah ke Jeti Semporna. Semua excited melihat air yang jernih di jeti lalu sibuk mengambil gambar di sini. Kemudian kami membeli makanan ringan seperti roti, megi dan biskut di Pekan Semporna untuk bekalan di pulau/ resort jika kelaparan. Kami juga bersarapan di sini, biasalah tipikal Malaysian, mi goreng dan roti canai, juga nasi kuning yang dibeli awal tadi. Stail kami, berkongsi menjamah rasa makanan yang ada.
 |
Jeti Semporna |
 |
Resort Dragon Inn di hadapan jeti |
11.00am: Kami mula bergerak dengan bot yang dibawa oleh Din, seorang Bajau Laut yang pendiam & hitam manis. Singgah di Pejabat Marin dan Laut untuk membuat permit ke Pulau Sibuan dan Bohey Dulang. Berhampiran jeti dan pejabat ini, terdapat perkampungan air kaum Bajau Laut. Rumah kayu yang dibina di atas laut. Unik, Perkara baru buat kami....
 |
Di dalam bot, baru memulakan perjalanan |
 |
BFF |
 |
Din, pemandu bot |
 |
Perkampungan air berdekatan jeti |
 |
Singgah membuat permit ke pulau-pulau |
12.00pm: Tiba di Pulau Sibuan. Woww!! itulah perkataan pertama yang keluar dari bibir kami yang mungil. Laut biru, pasir putih, memang cantik. Matahari amat terik, tapi macam tak terasa sangat membakar kulit. Mungkin kesan dari rasa excited tu mengatasi segalanya. Seribu foto diambil di pulau ini (hahahaha), setiap sudut dan lokasi, tak lepas peluang untuk diabadikan sebagai kenangan. Menurut Aril, kami tidak boleh snorkelling di sini kerana terdapat obor-obor yang sangat banyak, kecil berwarna putih. Berenang-renang dengan tentakel berbisanya, kami nak celup tangan ke air pun jadi gerun disengat. Namun kami tetap kagum.
Pulau ni kecil sahaja, boleh pusing jalan kaki mengelilinginya dalam masa setengah jam sahaja. Memang banyak pelancong di sini, terutama dari China dan orang Malaysia sendiri. Orang putih takde pula kelihatan. Mungkin pelancong mat saleh bertumpu di Pulau Mabul dan sekitarnya,iaitu kawasan berdekatan Sipadan. Terdapat pos tentera di pulau ini dan beberapa buah rumah orang Bajau Laut. Tidak pasti rumah kekal atau sementara kerana keadaannya yang sangat daif dibina dari kayu, papan dan berbumbungkan atap daun kelapa. Boleh mengambil gambar bersama kanak-kanak Bajau Laut ini, hulur sedikit sumbangan duit, raut gembira terpancar di wajah mereka.....
 |
Pemandangan dari Pulau Sibuan |
 |
Nampak tak karang tu? |
 |
Perkampungan Bajau Laut di Pulau Sibuan |
 |
Rumah Bajau Laut
|
 |
Kami |
1.00pm:Bergerak ke Pulau Bohey Dulang, namun kami tidak dapat menjejak kaki ke pulau ini kerana hujan. Tujuan utama ialah untuk mendaki bukit melihat pemandangan dari atas, tapi keadaan yang basah menyebabkan trek menjadi licin, lalu plan ini terpaksa dibatalkan. Kami hanya melewati pulau ini dari jauh sahaja. Memang sangat indah dengan beberapa lagi pulau berdekatan. Ada beberapa orang di dalam sampan yang mencari ikan di sekitar pulau ini. Kita boleh mendekati sampan mereka dan membeli ikan segar dan kima yang baru ditangkap (mengunakan kail/jala?....kami pun tak tanya). Tapi kami tidak membeli kerana aril cakap nak memancing sendiri di depan sana.
Hujan rintik menerpa ke muka sepanjang perjalanan. Kemudian Din memberhentikan bot di satu lokasi selepas Pulau Bohey Dulang. Air jernih, namun kelihatan biru pekat menandakan laut yang agak dalam. Din, Dadan dan Aril memancing ikan, namun kami hanya melihat dan mengambil gambar. Hanya beberapa ekor ikan sahaja yang diperoleh, mungkin ikan-ikan terganggu dengan suara kami yang bising di atas bot. hihihi.... Din mempunyai kemahiran untuk menentukan lokasi yang ada ikan di dalam laut. Itulah kelebihan dan ilmu orang Bajau Laut yang sudah sebati dengan lautan.
 |
Kerapu |
 |
Mereka sibuk memancing, kami juga sibuk... bergambar, makan dan tidur... |
 |
Hasil mengail |
 |
Pulau Bohey Dulang dari kejauhan, sedih kerana tak dapat menjejak kaki ke sini |
 |
Anak Bajau Laut, mereka mencari hasil laut, kita boleh mendekati sampan mereka untuk membeli ikan |
2.00pm: Tiba di Lato Lato Mun Resort. Terdiri dari chalet yang dibina dari batang kayu dan papan. Rustik dan sederhana. Di atas beting pasir di tengah laut di antara Pulau Bum Bum dan Bohey Dulang. Jika menaiki bot dari Jeti Semporna lebih kurang sejam.
Kawasan ini memang cetek. Dasarnya dipenuhi pasir putih dan berbatu. Seluruh kawasan ini kaya dengan terumbu karang. Jika air surut, sesetengah karang ini timbul atas air. Ikan, tapak sulaiman, landak laut, penyu berenang-renang dengan riang.
 |
Kedudukan Lato Lato Resort di atas beting pasir |
4.00pm:Setelah berkemas dan berehat sebentar, kami terus turun berdekatan chalet untuk snorkelling. Ikan memang banyak dan berwarna-warni. Kami perlu meneroka jauh sikit dari chalet untuk melihat karang yang lebih variasi - lembut, keras, bergeriji, menggerutu dan beraneka. Seronok dapat menangkap tapak sulaiman, ada oren dan biru, bersaiz tapak tangan. Sedang asyik melihat karang dan ikan, terasa seperti pedih dan panas di bibir. Saya terus cepat-cepat membuka topeng snorkeling dan berenang ke tepi. Sah! sengatan obor-obor. Saya risau jika kesannya menyebabkan bengkak yang teruk atau kesan alahan lain. Mujurlah cuma sedikit perit dan kemerahan. Kesan sengatan hilang selepas beberapa jam.
 |
Bersama Dadan, Din & Aril |
7.30pm: Makan malam. Best!! Lauknya berasa dan sedap (kelaparan, kerana kami tidak makan tengahari tadi, cuma kuih dan biskut untuk mengalas perut). Nasi, kurma ayam, ikan kembung goreng, sayur lemak labu, udang goreng tepung. Kami gembira dan suka hati. Ada kaunter teh dan kopi 24 jam di sini. Tu lagi best!
8.00pm: Hanya bersantai ber'onion' sambil melihat pemandangan malam. Berbual dengan Aril sehingga jam 12.00am, guruh dan renyai hujan mula menitik. Kami bergegas ke chalet. Malam itu, hujan turun sangat lebat sehingga tempias masuk melalui celahan tingkap. Kami lena sehingga pagi.
 |
Suasana senja di Lato Lato Mun Resort |
 |
Senja |
Hari Ke-3 (9.9.2018/ Ahad)
6.00am: Buka tingkap bilik, Ya Allah! indahnya matahari terbit di balik Pulau Bohey Dulang dari kejauhan. Terkesima melihatnya. Sejuk dan damai. Waktu ini air pasang. Biru kristal di bawah chalet kami. Ribuan anak ikan berlindung di balik tiang kayu. Melompat ke atas air jika ada ikan lebih besar mendekati kawanan ini. Kami hanya duduk memerhati. Mulut tak henti memuji, hati tak lepas mensyukuri nikmat keindahan kurniaan tuhan.
 |
Pemandangan waktu pagi di chalet, damai |
7.00am: Sarapan pagi. Mi goreng. Bolehlah... Waktu ni tak ramai lagi tetamu resort yang makan. Mungkin bangun lewat kerana cuaca dingin dan keadaan selesa
8.00am: Snorkelling lagi sampai puas. Kali ni lebih berhati-hati jika ada obor-obor. Mata kami lebih awas memerhati sambil berenang. Kaki juga mengelak dari memijak karang kerana mungkin akan merosakkannya. Juga takut terpijak landak laut yang berbisa. Ada tips, jika terkena duri landak laut, kencinglah di tempat sengatan itu. Entahlah....hihi.
10.00am: Aktiviti santai dan bergambar tiada kesudahan. Raja berfoto jatuh ke atas.... SEMUA!!... hahaha... rugi tak ambil gambar. Bukan selalu datang sini!!
1.00pm: Makan tengahari. Nasi, Ayam kicap, Ikan tongkol sambal, Sayur lemak pucuk paku. Sedappp.... Lepas tu bergambar lagi. ehh...
 |
Nampak sedap kan? |
2.00pm: Kami bersiap dan bergerak ke jeti Semporna.
3.00pm: Tiba ke jeti Semporna, terus pulang ke Tawau
6.30pm: Jalan-jalan kuliner Tawau bak kata Oja....Makan Bakso dan Satay Cocos Haji Ali, kami makan kepak dan buntut (tongkeng) ayam. Memang delicious. Sos cicah tu sangat win... masam, manis, masin, pedas, secukup rasa.
 |
Satay Cocos Haji Ali |
9.00pm: Ada surprise birthday cake untuk saya dan Lan yang lahir pada bulan ini. Tq kawan-kawan. Patutlah tadi sibuk nak cari tandas di Secret Recipes masa di bandar Tawau :) Rupa-rupanya beli kek ya...
Hari Ke - 4 (10.9.2018/ Isnin)
9.00am: Pasar Tanjung Tawau. Membeli Ikan Bilis, sotong kering, udang kering, ikan masin dan ole-ole. Memang agak murah di sini berbanding di semenanjung. Brunch di sini juga dengan makanan tempatan seperti nasi lalap, nasi ayam penyet, choto makasar dan soto banjar.
 |
Bilis dan ikan kering |
 |
Pelbagai ole-ole terdapat di sini |
 |
Gerai menjual makanan di Pasar Tanjung |
 |
Soto Banjar - ada telur, ayam, begedil, nasi impit, mihun |
 |
Nasi lalap - ayam goreng, sambal, sup, timun |
 |
Choto makassar - nasi impit, daging, kuah kacang seperti pecel yang cair |
 |
Ikan baulu - masak singgang |
3.00pm: Bergerak ke airport. Sebelum terbang. Kami singgah makan nasi goreng payau (rusa) tepi airport. Ada sup kosong dan sambal belacan, pedas, tapi sedaplah.
6.50pm: Terbang pulang
 |
Nasi goreng payau (rusa) |
Kesimpulan:
- Semporna memang cantik, banyak potensi untuk destinasi pelancongan masyhur
- Kebersihan perlu ditingkatkan, kerana sampah agak banyak di dalam laut
- Kami nak datang lagi!!
Ok
ReplyDelete