ORKID MOKARA

ORKID MOKARA 


Mokara ialah nama orkid hibrid iaitu kacukan antara Arachnis x Ascocentrum x Vanda. Hibrid Mokara yang pertama ialah Mokara Wai Liang ( Arachnis Isable x Ascocenda Red Gem). Dinamakan sempena C.Y. Mok dari Singapura, yang mendaftarkannya pada tahun 1969.



Ciri orkid ini kombinasi dari 3 induk genera. Secara umumnya sangat mirip kepada Aranda. Mokara ialah hibrid yang sangat popuar untuk bunga keratan, selain jenis orkid dendrobium. Keratan bunganya boleh bertahan selama 3 minggu jika diletakkan di dalam bekas berair.



Mokara mempunyai kepelbagaian warna yang terbanyak berbanding orkid jenis lain, seperti ungu, merah jambu, biru, merah, oren, karang (coral), dan setiap warna mempunyai variasi tersendiri. Bunga mengandungi 3 sepal, yang biasanya berbeza bentuk dengan kelopaknya tapi warnanya sama.



Cara hidup:

Orkid jenis vanda ini memerlukan cahaya yang tinggi untuk tumbuh subur. Namun, kepelbagaian variasi yang wujud perlu mengenalpasti kesesuaian setiap jenis orkid. Tidak boleh sekadar membuat generalisasi secara umum iaitu semua jenis mokara adalah sama. Media yang sesuai ialah kayu cincang, sabut kelapa dan arang. Media perlu mampu menyimpan air dan sentiasa lembab, namun tidak terlalu basah kerana keadaan tempat tanaman di bawah cahaya penuh. Penyiraman perlu dilakukan setiap hari (pagi/petang) untuk memastikan akar pokok sejuk dan lembab.



Mokara sangat mudah dibiakkan dari keratan batangnya yang dipotong sepanjang 1 kaki dari hujung pucuk. Orkid ini bersifat monopodial iaitu tumbuh sebatang menegak ke atas. Antara setiap daun, akan tumbuh tangkai bunga (flower spike).


Senarai Hibrid Mokara
Mokara termasuk dalam genera Vandaceous. Tangkai bunga muncul dari axis daun. Bunganya tahan lama dan tumbuh bergugus sepanjang tangkai bunga (spike).
1. Mokara Chark Kuan 'Pink' pink with spot
2. Mokara Chark Kuan 'Orange, orange with spot
3. Mokara Dinahn Shore red
4. Mokara Khaw Paik suan X Kultana Gold gold
5. Mokara Walter Oumea Pink pink
6. Mokara Mak Chin On red
7. Mokara Sayan dark pink
8. Mokara Khaw Paik Suan yellow
9. Mokara Chark Kuan Red red red
10. Mokara Yellow yellow
11. Mokara Orange orange spot
12. Mokara Pink pink
13. Mokara Red red
14. Mokara New Nora Blue blue
15. Magical Mokaras - The Mokara Orchid, also known as the "Smiling Orchid"


Rujukan:

http://www.orchidsasia.com/mhyblist.htm


Mokara pertama yang kembang, selepas 2 spike terdahulu yang dipatahkan oleh monyet/ tupai

Medium sabut, susun sahaja mokara di atasnya, di ikat tali pada pancang kayu, siram setiap hari


Comments