ORKID HARIMAU (TIGER ORCHID)
Kingdom :
|
|
(unranked):
|
|
(unranked):
|
|
Order :
|
|
Family :
|
|
Subfamily :
|
|
Tribe :
|
|
Subtribe :
|
|
Genus :
|
|
Species :
|
G. speciosum
|
Grammatophyllum speciosum, juga dikenali orkid tebu atau orkid
harimau, ratu segala orkid. Orkid ini berasal dari Malaysia, New Guinea, Filipina dan Indonesia. Disenaraikan
Guinness Book of World Records
sebagai orkid paling tinggi dengan satu spesimen mempunyai ketinggian sehingga
7.62 m (25 kaki)
Sejenis orkid epifit, kadangkala lithophytic (tumbuh di atas batu) dengan jaringan akar yang
besar dan gah. Setiap satu kelompok pokok boleh mencecah beberapa ratus kilo
sehingga satu tan. Setiap batang pokok (pseudobulbs) boleh mencapai tinggi 2.5m. Tangkai bunga
sepanjang 3m boleh menghasilkan sehingga 80 kuntum bunga dengan kelebaran kelopak
10cm. Bunga berwarna kuning dengan bintik maroon atau merah gelap. Bunganya
tiada bibir (lip), yang menghasilkan aroma yang menarik serangga untuk
pendebungaan. Orkid ini mencapai kematangan selepas beberapa tahun, berbunga
setiap tahun sekali (biasanya pada bulan Julai-September) yang mampu kembang
mekar selama 2 bulan.
Saya membeli orkid ini di Pusat Pertanian Air Hitam, Kluang pada 3 Ogos 2018 (RM30). Saya memindahkan orkid ini ke atas tanah di dalam tayar lama. Di bahagian dasar diletak daun kering, kemudian atasnya diletak sabut kelapa, barulah orkid ini ditanam. Disiram setiap hari dengan keadaan cahaya matahari penuh.
![]() |
Orkid dalam pasu, sebelum ditanam atas tanah |
![]() |
Tanam dalam tayar lama, ada daun kering dan sabut kelapa |
Comments
Post a Comment