KOLEKSI ORKID 2018
(September 2018)
(September 2018)
Saya mula berminat dengan bunga orkid pada tahun 2009 semasa menyewa bersama rakan-rakan di sebuah rumah yang mempunyai laman yang agak luas (Rumah semi-D). Beberapa koleksi orkid dibeli di nurseri berdekatan yang kebanyakannya dari jenis dendro sahaja. Apabila saya berpindah ke rumah sendiri, semua orkid ini diletakkan di rumah orang tua. Akibat tidak dijaga, kebanyakan orkid ini mati dan hanya tinggal 2 jenis sahaja iaitu orkid Brassavola nodosa dan Doritis. Walaupun tidak dibaja, namun tetap bertahan selama 10 tahun.
Minat terhadap orkid bercambah semula selepas melihat koleksi orkid seorang kenalan yang cantik dan pelbagai jenis. Dimulai dengan pembelian orkid hutan di Cameron Highland, kemudiannya dari atas talian (online), koleksi orkid kian bertambah. Ada juga yang dibeli di nurseri dan pemberian rakan

Orkid hutan yang dibeli dari Orang Asli di Cameron Highland (2018) dan juga beberapa jenis dari pemberian rakan |
Taman 2018 |
Orkid tulang. Ambil di rumah kakak ipar, Muar |
Orkid harimau. Beli di Pusat Pertanian Air Hitam, Batu Pahat Johor. RM30 |
Brassavola nodosa. Usianya 10 tahun. Masih berbunga dan segar bugar |
Cymbidium finlaysonianum. Juga berusia 10 tahun. Diambil di pokok sawit berdekatan Pagoh |
Koleksi 2018. Vanda RM50 (12 keratan). Dibeli di Pusat Pertanian Air Hitam |
Comments
Post a Comment