KOLEKSI BUNGA RAYA

KOLEKSI BUNGA RAYA

Bunga raya yang saya miliki kebanyakannya diperoleh secara percuma (hehe, kedekut ye?.. taklah, jimat....) sama ada pemberian rakan dan kenalan serta ada juga mengambil keratan di tepi jalan atau taman awam. Di dalam kereta saya memang menyimpan pemotong bunga (secatuer) untuk memudahkan saya mengambil keratan bunga yang menarik seperti bunga raya, pokok puding dan bunga kertas. Pokok-pokok bunga ini memang mudah hidup, hanya perlu cucuk sahaja keratan ini ke tanah dan disiram setiap hari. Pastikan mendapat cahaya matahari secara terus.

Warna merah jambu, dibahagian tengah lebih gelap. Boleh menghasilkan biji benih


Bunga raya tropika, warna merah jambu lembut

Bunga raya berbilang kelopak

Bunga raya oren
Kudup bunga raya oren

Warna merah jambu gelap


Warna kuning berbilang kelopak, keratan dari Ladang Teh Boh Sungei Palas, Cameron Highland Mac 2018

Pokok bunga raya Rose Mallow, biji benih beli di online dari Taiwan

Comments