KEK LOBAK (CARROT CAKE)
Krim Keju (Creamcheese frosting):
Kek lobak yang telah siap dipotong |
![]() |
Kek lobak yang telah diletak krim keju |
Kek lobak ialah antara kek yang paling saya suka. Saya telah mencuba beberapa resepi kek lobak yang saya peroleh dari beberapa blog masakan. Namun, tiada yang dapat menepati citarasa saya. Kebetulan, kawan saya dari Kedah memang sering membuat kek lobak ini dan menjadi best seller jualan keknya. Oleh itu, saya berasa berbesar hati kerana kawan baik saya sudi berkongsi resepi ini, pada lidah saya ialah yang terbaik (menurut citarasa saya).
KEK LOBAK (CARROT CAKE)
Bahan A:
250 tepung
gandum
1 ½ sudu
teh soda bikarbonat
1 sudu teh
garam
1 sudu teh serbuk kayu manis
Bahan B:
170g gula kastor
140g gula
perang
4 kuning
telur
1 ½ cawan minyak
masak
1½ cawan lobak
(parut)
1 cawan kacang walnut (cincang kasar)
1 sudu teh vanilla esen
Bahan C:
4 putih
telur
Cara:
1. Ayak bahan
A.
2. Kacau
sebati bahan B guna senduk kayu/ whisker.
3. Masuk A
ke dalam B. Kacau sebati.
4. Pukul
putih telur sampai kembang. Masuk ke dalam bahan A & B tadi. Kacau sebati dengan spatula secara kaup balik.
5. Bakar dalam loyang 10' selama 60 min, suhu 160°C.
Krim Keju (Creamcheese frosting):
250g cream
cheese
100g gula
icing (ayak)
½ sudu teh
esen vanila
115g
bettercreme
Cara:
1. Pukul
bettercreme sampai kembang. Ketepikan
2. Pukul
cheese ,gula & vanila sampai sebati.
3. Campur
bettercreme dan kacau sebati.
Tips:
Saya menggunakan cawan metrik (cup).
1 cup = 200ml
1 cup = 1 ½ cawan kopi
Adunan krim ini cukup untuk disapu bahagian atas sebiji kek, jika mahu membuat kek yang ada dua lapis dan disapu krim sekelilingnya, buat dua adunan krim.
Jika mahu membuat 2 lapis kek: tambah 1/5 lagi adunan kek, gunakan loyang 8'. Bakar 155°C selama 50 minit. Lapiskan nipis krim di atas kek pertama, barulah di letakkan kek ke-2 di atasnya. Sapu krim di atas dan sekeliling kek

Comments
Post a Comment