(daripada resepi: https://norazlitaaziz.blogspot.com/2013/03/kek-asas-1-kek-coklat-lembab.html)
Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Bahan B
3 biji telur A
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak masak
Bahan D
250 ml air panas
250 ml air panas
Cara:
- Satukan Bahan A, Kemudian ayak.
- Satukan semua Bahan B, pukul hingga putih.
- Masukkan Bahan C, pukul sebati
- Masukkan Bahan A, kaup balik sehingga sebati.
- Satukan Bahan A, Kemudian ayak.
- Satukan semua Bahan B, pukul hingga putih.
- Masukkan Bahan C, pukul sebati
- Masukkan Bahan A, kaup balik sehingga sebati.
- Tambahkan Bahan D (air panas), dan gaul rata.
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8' yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak.
Saya menggunakan loyang 10'.
Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160°C
Masa pembakaran 1 jam bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar selama 10 minit.
Kek ini boleh di bakar dan boleh juga dikukus, masa mengukus juga antara 1 jam hingga 1 jam 1/2
Sama juga seperti cara membakar, kukusan tidak boleh dibuka semasa kek sedang dikukus
Kek yang dikukus lebih moist, tapi tidak tahan lama
Kek yang dibakar lebih tahan lama dan lebih sesuai sebagai kek hiasan.
Boleh juga menggunakan kaedah Steam Bath
Kek boleh disapu coklat ganache untuk lebih sedap
Resepi Coklat Ganache
Whipping cream - 100gm
Coklat masakan - 150gm
Mentega tanpa garam - 1 sudu besar
Cara:
Panaskan whipping cream sehingga hampir mendidih. Tutup api, masukkan coklat dan mentega. Kacau rata.
Sapu ke atas kek coklat.
Comments
Post a Comment