KEK KEJU KAPAS JEPUN / JAPANESE COTTON CHEESECAKE


  
Bahan:

Bahan A:
250 gm Keju Krim (Tatura)
100 ml susu penuh krim
60 gm mentega tanpa garam
70 gm gula kastor
6 Kuning telur gred A
1 sudu teh minyak lemon
1 sudu teh esen lemon

Bahan B:
60 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
1/4 sudu teh garam halus

Bahan C:
6 putih telur gred A
1/4 sudu teh krim tar tar
70 gm gula kastor

Cara:
1. Asingkan dahulu kuning telur (mangkuk kecil) dan putih telur (ke dalam mangkuk pemutar telur).
2. Didihkan air, tuang ke dalam loyang besar untuk membakar kek secara 'Bain-Marie'. Paras air setakat tinggi 2cm sahaja. Jangan terlalu penuh, nanti bila masukkan loyang kek, aras air naik lagi.
3. Masukkan loyang besar ke dalam ketuhar. Panaskan ketuhar 200C. Nanti turunkan ke 150C ketika mula membakar kek.

Bahan A & B:
Masukkan keju, mentega dan susu ke dalam bekas/ periuk. Letakkan ke atas pengukus air (double boiler). Guna pemukul telur tangan yang besar sehingga larut dan licin. Masukkan gula dan kuning telur. Campurkan esen dan minyak lemon. Kacau sehingga larut. Angkat dari pengukus air. Masukkan Bahan B menggunakan pengayak. Kacau sehingga sebati.

Bahan C:
Putar telur putih menggunakan pemutar elektrik. Masukkan krim tar tar dan gula sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul sehingga jadi kental dan bertanduk.

- Masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan krim keju. Kacau guna pemutar telur tangan sehingga sebati. Masukkan selebihnya. Kacau rata. 
- Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas kertas dan disapu mentega. (saya guna loyang empat segi 10 inci.
- Bakar secara 'Bain-Marie' 150C selama 70minit.
- Biarkan dalam oven selama 15 minit dengan pintu oven dibuka sedikit.
- Angkat, letak diluar sehingga agak suam, terbalikkan dan disejukkan. Baru boleh dipotong


Masukkan susu, mentega dan krim keju atas pengukus air


Kacau sehingga larut, kemudian tambah kuning telur, gula, esen dan minyak lemon


Angkat dari pengukus air, tambahkan Bahan B. Kacau rata. Kemudian gaulkan dengan Bahan C yang telah diputar.
Bakar kek secara 'Bain-Marie'. (pic dari https://www.froghollow.com)

Comments