SAMBAL TUTOK (TUTUK)


Sambal Tutok


Ini ialah resepi legend mak saya. Selalu sangat di buat sebagai pelengkap hidangan terutama jika ada lauk berkuah santan atau lemak. Memang asyik sangat makan sampai bertambah-tambah. Kalau lauk berkuah bening atau masak air/ singgang, sesuai makan dengan sambal kicap. Macam tu lah keserasian yang perlu ada, barulah berselera makan.

Resepi yang sangat mudah dan ringkas. Pastikan guna cili padi kampung yang pedas berapi. Maklumlah sekarang ni banyak jenis cili padi yang dijual di pasaran. Cili padi juga mempengaruhi rasa sambal nanti. Cili padi yang berisi bulat dan kelihatan bunting sangat sesuai di buat sambal ni. Jom kita tengok resepi di bawah.

Resepi:
15 biji cili padi
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah kecil
1/2 cawan ikan bilis
Secubit garam

Cara:
1. Goreng semua bahan sehingga ikan bilis hampir garing
2. Tumbuk sehingga separa lumat
3. Tambah secubit garam jika perlu, kerana ikan bilis sudah sedia masin

Satu lagi variasi ialah sambal tutok mentah, iaitu semua bahan tidak digoreng, kecuali ikan bilis yang direndam sebentar dalam air panas. Sangat sedap dimakan bersama ikan masin goreng dan nasi panassss....

Jika mahu kelainan, boleh juga ditambah 1 sudu makan biji ketumbar. Biji ketumbar ni pun digoreng bersama-sama bahan tadi. Haaa.... daripada resepi asal, boleh dipelbagaikan untuk rasa yang berlainan. Sangat mengancam jiwa ye.


Comments