Hai.. Apa khabar semua, pada hari ni saya akan berkongsi resepi kuih kaswi pandan. Kuih ni memang menjadi kegemaran saya. Dulu semasa saya kecil, mak selalu juga membuat kuih kaswi gula merah atau pun kuih gemblong (Bahasa Jawa)... Jadi, kuih kaswi ni ialah kuih yang mengingatkan saya tentang zaman kanak-kanak yang indah. Mak tak pernah buat kuih kaswi pandan kerana mak tak suka sangat rasa pandan tu kot. Bila saya teringin makan sesuatu tu, biasanya saya akan cuba membuat sendiri kerana kadang-kadang kuih yang dijual di luar sana tak menepati citarasa saya. Daripada saya membebel disebabkan rasa kuih dibeli yang tak menepati selera tu, baik saya buat sendiri. Baru puas hati.
Oklah, so saya pun cubalah menggugel untuk mencari resepi yang sesuai. Terpesona dengan warna kuih dan cara membuatnya yang mudah, bahan-bahan pun semua ada kat rumah. Saya pun memilih satu resepi ni, tapi tak ingat sape punya, tapi bila sampai umah mak (buat kat rumah mak sebab ada ramai orang boleh makan), kakak ipar beri resepi dia pulak, maka saya tak jadi ikut resepi gugel tu... huhu.. tq kak Tusirah.
Pertama kali buat tu saya ikut je 100% resepi asal... saya letakkan air kapur sikit.. tapi saya tak begitu gemar rasa kapur tu.. saya makan sikit je.. lepas tu saya ubahsuai dengan meninggalkan air kapur... Saya buat lagi selepas beberapa hari..haa.. barulah menepati citarasa saya.
Resepi:
4 Cawan air pandan*
2 Cawan gula pasir
2 Cawan tepung gandum
2 Sudu makan tepung ubi
2 Sudu makan tepung beras
1 mangkuk kecil kelapa parut + secubit garam
* 4 cawan air di blend dengan 5 helai daun pandan, ditapis
* Saya menggunakan cawan kopi, bukan cawan metrik
Cara:
1. Blender semuanya sampai sebati
2. Masukkan ke dalam loyang bulat 9 inci
3. Kukus selama 40minit
4. Kelapa parut dikukus selama 10minit
5. Sejukkan dahulu lebih kurang 2 jam ke atas, baru potong dan gaul dengan kelapa parut

Comments
Post a Comment