Saya memang suka kuih kaswi ataupun kuih talam dan suka sakatnya seperti kuih seri muka, kuih lapis dan lain-lain lagi. Kaswi gula merah ni memang selalu mak buat masa saya kanak-kanak dulu. Sekarang mak sangat jarang buat kuih. Mungkin sebab tugas memasak ni diambil alih oleh kakak ipar. Sebab tu mak jarang masuk dapur. hihi...Tapi takpelah yang penting sedaplah masakan tu. Bila saya balik kampung tu, saya telan je lah, tak kisah masakan mak atau kakak ipar. kikikiki...
Bila saya teringin nak makan kuih kaswi gula merah ni, saya pun mencari resepi di internet. Taip je, banyak resepi akan muncul. Saya biasanya akan pilih resepi yang mudah je... sebab nak senangkan kerja dan tak leceh. Kalau buat kuih tradisi ni, saya lebih suka guna sukatan cawan berbanding sukatan berat.
Oklah saya tulis resepi ni, daripada Blogger masakan terkenal Che Mat Gebu (www.tiffinbiru.com). Terima kasih Che Mat. Tapi macam biasalah, bila buat kuih kaswi ni saya tak letak air kapur. Tapi mungkin lain kali saya akan cuba letak sikittttt je air kapur.
Resepi:
Bahan A
5 cawan air
1 cawan gula merah/ gula melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 sudu makan kicap pekat / pewarna coklat
Bahan B
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
Bahan C
1 mangkuk kecil kelapa parut + secubit garam
Cara:
1. Panaskan kukusan. Oleskan minyak pada loyang bulat 9 inci.
2. Masak Bahan A kecuali kicap pekat sehingga larut semua gula. Biarkan sejuk
3. Blender Bahan A dan B sehingga sebati
4. Kukus selama 40 minit
5. Kukus Bahan C selama 10 minit
6. Sejukkan kuih kaswi lebih kurang 2 jam, barulah dipotong dan disalut kelapa parut... yummmmm
Comments
Post a Comment