BAZAR RAMADAN PESTA BATU PAHAT 2017

Hari ni telah masuk hari ke- 4 berpuasa bagi tahun 2017... Kawan saya telah mengajak ke bazar ramadan Pesta di Batu Pahat iaitu bazar yang terbesar di bandar ini. Lokasinya di Kg Kenangan Dato' Onn, berdekatan dengan Masjid Besar Batu Pahat. Ada pelbagai jenis makanan yang dijual di sini, meliputi makanan tempatan, Pantai Timur dan utara pun ada. Ada patin tempoyak, gulai kawah, nasi kerabu, nasi ayam dan macam-macam lagi. Kalau nak beli semua, memang tak bolehlah kan.. hihi.. Jadi saya hanya membeli yang berkenan di hati dalam kuantiti yang mencukupi sahaja. Tak mau membazir dan kalau boleh sekali makan je habis. Tak mau simpan-simpan dalam peti sejuk. Sesekali tu bolehlah, tak boleh selalu ke bazar ramadan ni kerana saya percaya masakan di rumah lebih bersih dan lebih berkat.

Saya datang awal, iaitu jam 3.30 petang sebab tadi memang ada urusan ke bandar, jadi alang-alang menyinggah sebelum pulang ke rumah. Ada penjual yang baru nak menyiapkan tempat berjual dan ada banyak juga yang telah siap sedia menerima kehadiran pembeli. Semua orang teruja nak membeli makanan pilihan hati. Tapi saya dah setkan dalam hati nak membeli kuih muih je. Cukuplah sekadar untuk melengkapi hidangan yang telah disediakan oleh isteri di rumah. :)

Jom kita tengok suasana bazar pada awal waktu... kalau lewat sikit ni, memang berlaga bahu lah nampaknya. 










Comments