MASAK LEMAK PUCUK UBI (MASAK SANTEN GODONG UBI)

MASAK LEMAK PUCUK UBI (MASAK SANTEN GODONG UBI)

Masak lemak pucuk ubi (Masak santen godong ubi)

Bumbu (rencah) - tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis
  
Rebus bumbu dengan sedikit air sehingga mendidih

Masukkan santan

Kacau selalu kuah santan. Biarkan mendidih

Masukkan pucuk ubi yang telah direbus sehingga lembut

Kacau selalu sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa

BAHAN:
Pucuk ubi - 5 cekak
Santan kelapa - 1 biji
Bawang merah - 5 biji
Bawang putih - 3 biji
Ikan bilis - 1/2 cawan
Cili padi - 10 biji
Garam
Serbuk perasa (Ajinomoto)

CARA:
1. Pucuk ubi direbus sehingga lembut (1/2 jam)
2. Toskan pucuk ubi. Perah air yang berlebihan
3. Tumbuk separa lumat bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili padi
4. Rebus bahan tumbuk dengan sedikit air sehingga masak (5 minit)
5. Masukkan santan. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah. Masak sehingga mendidih
6. Masukkan pucuk ubi. Kacau lagi sehingga mendidih. Tutup api

Masak lemak pucuk ubi ini ialah kegemaran mak dan kami sekeluarga. Resepi Jawa asli yang diturunkan dari arwah nenek. Masak lemak digelar masak santen (santan) oleh Orang Jawa. Kadang-kadang mak mencampurkan sedikit seruas kencur yang ditumbuk ataupun 2 keping tempe lama yang sudah berbau, diramas separa hancur. Kami memanggilnya tempe busuk.

Tempe ini mungkin agak berbau, tapi boleh dimakan. Mak juga gemar membuat cucur tempe busuk ini iaitu dengan menumbuk kasar cili padi, bawang merah, bawang putih, bilis dan tempe, lalu mencampurkan sedikit tepung dan secubit garam sehingga boleh dikepal berbentuk bebola.  Kemudian digoreng sehingga keemasan. Rasanya unik dan lemak.

Comments